Wanita UMNO Melaka sumbang RM116,135 untuk rakyat Palestin

Masa Membaca:56 Saat

BUKIT KATIL 22 November – Wanita UMNO Melaka berjaya mengumpul sumbangan berjumlah RM116,135 untuk disalurkan kepada rakyat Palestin.

Ketua Wanita UMNO Melaka merangkap Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata jumlah itu adalah hasil sumbangan enam Bahagian UMNO Negeri Melaka.

Katanya, sumbangan itu secara tidak langsung menterjemahkan solidariti Wanita UMNO Melaka terhadap penduduk Palestin yang kini sedang berhadapan dengan kekejaman Israel.

“Hasil sumbangan akan diserahkan kepada Wanita UMNO Malaysia seterusnya diserahkan kepada Wisma Putra bagi tujuan penyaluran kepada penduduk Palestin.

“Untuk pecahan, Wanita UMNO Bahagian Jasin menyumbang sebanyak RM2,738; Wanita UMNO Bahagian Tangga Batu (RM8,450); Wanita UMNO Bahagian Masjid Tanah (RM20,000); Wanita UMNO Kota Melaka (RM30,000); Wanita UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya (RM35,339) dan Wanita UMNO Bahagian Alor Gajah (RM19,608). Jumlah keseluruhan yang berjaya dikutip adalah RM116,135,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kutipan Sumbangan Palestin di Dewan UMNO Hang Tuah Jaya, di sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri 50 wakil Wanita UMNO Bahagian daripada enam parlimen di negeri ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3999
Kongsi :
Previous post Kesan pihak liat jelaskan cukai taksiran
Next post Jangan hantar anak-anak ke Taska tidak berdaftar
Ubah saiz-+=