
Wanita tahan sakit hampir satu jam
MERLIMAU 29 Mei – Seorang wanita terpaksa menahan sakit hampir satu jam akibat tersepit selepas kereta dipandu terbabit kemalangan berhampiran Halal Hub, Serkam Darat, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Perodua Kancil dipandu mangsa berusia 26 tahun terbabit kemalangan dengan sebuah lori satu tan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.01 petang sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian.
“Ketika pasukan bomba tiba dilokasi kejadian, kami mendapati terdapat seorang wanita tersepit dibahagian tempat duduk pemandu.
“Operasi membawa keluar mangsa mengambil mangsa 40 minit dan dia dilaporkan cedera di kaki,” katanya.
Menurutnya mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.
“Selepas memastikan tiada sebarang kemerbahayaan di lokasi kejadian, operasi menyelamat ditamatkan dan jentera pulang ke balai,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...