
Wanita positif COVID-19 dikompaun hadir di tempat mengundi
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor Datuk Dr Aman Rabu berkata siasatan awal pihaknya mendapati wanita itu positif COVID-19 Kategori 2.
Wanita berkenaan dikenakan kompaun pada 11.45 pagi oleh Pegawai Penguatkuasa Jabatan Kesihatan Negeri Johor bagi kesalahan pengundi positif COVID-19 hadir di tempat mengundi.
“Pihak JKN sentiasa komited menjalankan pemantauan Prosedur Operasi Standard Pilihan Raya Negeri Johor. Kami ingin mengingatkan bahawa individu positif (COVID-19) adalah dilarang untuk keluar dari tempat isolasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Aman berkata kegagalan mematuhi arahan itu boleh dikenakan kompaun mengikut Peraturan16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawalan Tempatan Jangkitan) 2021.
Dewan Kampung Melayu adalah antara pusat mengundi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Larkin. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BERGELUT BANTU POLIS TANGKAP PERAGUT, ENAM ‘RIDER’ TERIMA PENGHARGAAN
AYER KEROH 28 April - Enam penunggang p-hailing menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Melaka, atas jasa mereka membantu polis...
MARKAS ‘JOB SCAM’ DISERBU, LIMA LELAKI DITAHAN
AYER KEROH 28 April - Polis Melaka menyerbu sebuah unit kondominium di Ayer Keroh, di sini, kerana disyaki dijadikan markas...
LELAKI MAUT MOTOSIKAL REMPUH KERETA DI CHENG
PAYA RUMPUT 28 April - Penunggang motosikal meninggal dunia ketika sedang dirawat, hampir satu jam selepas terbabit kemalangan dengan sebuah...
WTD, WTC 2025: MELAKA PERKENAL PAKEJ KHAS PELANCONGAN
SERI NEGERI 28 April - Pakej khas pelancongan akan diperkenalkan Kerajaan Negeri pada sesi pra pelancaran Hari Pelancongan Sedunia (WTC)...
TAK SEMPAT TAMATKAN PERLUMBAAN DI LITAR, GURU DISAHKAN MAUT AKIBAT SERANGAN JANTUNG
DURIAN TUNGGAL 28 April - Seorang guru lelaki disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan, kira-kira lima jam selepas mengalami...
MELAKA SASAR JADI PUSAT RUJUKAN TVET NEGARA – AB RAUF
SERI NEGERI 28 April - Melaka menyusun strategi bagi mencapai hasrat menjadikan negeri ini sebagai Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal...