
Wanita meninggal dunia selepas jalani rawatan tradisional
KUALA LUMPUR, 28 Julai – Seorang wanita tempatan berusia 41 tahun meninggal dunia selepas menerima rawatan tradisional di sebuah rumah di Pandan Perdana di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak dalam kenyataan hari ini berkata dalam kejadian pada kira-kira 6 petang itu, wanita berkenaan ditemukan terbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah teres itu oleh ibu mangsa.
“Polis menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.35 petang semalam dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir.
“Susulan itu polis telah menahan pengamal perubatan tradisional berkenaan iaitu wanita tempatan berusia 51 tahun kira-kira sejam kemudian bagi membantu siasatan,” katanya.
Mohamad Farouk berkata mangsa telah hadir ke rumah berkenaan sejak seminggu lepas bagi menjalani rawatan dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Beliau berkata wanita berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Ampang Jaya hari ini untuk direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...
KEMPEN INTERNET SELAMAT DI SEKOLAH DIJANGKA BERMULA MEI INI
REMBIA 21 April - Jelajah Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Melaka bakal menjadi antara...