
WANITA MAUT, LAPAN LAGI CEDERA DALAM NAHAS BABITKAN LORI DAN MPV
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata kemalangan berlaku padaĀ 7.15 malam apabila lori yang dipandu seorang lelaki berusia 53 tahun dari arah Machap ke Ayer Hitam telah hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.
Beliau berkataĀ akibat kejadian itu, lori terbabit telah melanggar bahagian sisi kanan Toyota Estima menyebabkan penumpang wanita yang berada di bahagian belakang MPV itu mengalami kecederaan parah di kepala dan mangsa yang berusia 39 tahun meninggal dunia di lokasi.
āDalam kejadian ini, seorang bayi perempuan berusia tujuh bulanĀ mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kini masih mendapat rawatan di Zon Merah, Hospital Encheā Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di Kluang.
āKesemua mangsa lain yang berada di dalam Toyota Estima itu termasuk pemandu lelaki berusia 26 tahun yang mengalami kecederaan turut dirawat di hospital sama manakala pemandu lori dibawa ke Hospital Pantai Batu Pahat untuk rawatan,ā katanya dalam satu kenyataanĀ hari ini.
Bahrin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam PBK II Shoromi Salih berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.16 malam dan sebanyak enam anggota dengan satu jentera FRT dikejarkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata setibanya di tempat kejadian, pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati semua mangsa telah keluar daripada kenderaan dan anggota bertugas memberikan rawatan awal kepada mangsa kemalangan yang cedera.
āTerdapat seorang mangsa, iaitu wanita yang menaiki kenderaan Toyota Estima disahkan meninggal dunia di lokasiĀ manakala tujuh lagi mangsa yang berada di dalam kenderaan sama mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital berhampiran.
āPemandu lori jenis Mitsubishi yang merupakan seorang lelaki turut mengalami kecederaan. Operasi ditamatkan pukul 8.09 malam,ā katanya. – BERNAMA
Foto: JohorPost
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.