Wanita maut ditetak suami di Segama, Sabah
KOTA KINABALU, 23 Mac – Seorang wanita maut selepas dipercayai dibunuh oleh suaminya di bilik sewa pasangan itu di bangunan Segama di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata suspek yang berusia 31 tahun itu menghubungi talian MERS999 pada jam 11.47 malam.
Beliau berkata suspek memaklumkan telah menetak isterinya dengan menggunakan senjata tajam sehingga tidak sedarkan diri dan mahu menyerah diri.
“Motif pembunuhan dipercayai kerana cemburu dan berlaku pertengkaran sebelum suspek menyerang isterinya yang berusia 23 tahun,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Mohd Zaidi berkata mayat mangsa telah diserahkan ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth bagi proses calitan COVID-19 dan bedah siasat.
Beliau berkata suspek, yang juga merupakan pemegang pas IMM13 dan bekerja sebagai buruh binaan, akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
RV PARK BUKIT SERINDIT PENUHI KEPERLUAN ASAS PEMINAT KARAVAN
DUYONG 18 Januari - Recreational Vehicle (RV) Park Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit memenuhi keperluan asas peminat karavan di Malaysia...
LUBUK KERIANGAN KAKI PANCING ADA DI KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 17 Januari - Kuala Linggi yang terletak di kawasan paling utara Negeri Melaka tersimpan pelbagai khazanah pelancongan yang...
LADANG NANAS PREMIUM KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 17 Januari - Berkonsep mendidik pengunjung mengenai pertanian nanas, Ladang Nanas Fionanas, Nusa Dusun di sini, antara lokasi...
ANAK ASAHAN ‘MASUK JAWI’ DAPAT SIJIL
ASAHAN 19 Januari - Seramai 108 anak-anak Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan diberikan sijil penyertaan masuk jawi pada Program Khatan...
PERCUBAAN SEBULAN ‘NO RIGHT TURN’ DI JALAN SYED ABDUL AZIZ
DUYONG 19 Januari - Tempoh percubaan penyuraian trafik bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di Jalan Syed Abdul Aziz dan Persimpangan...
‘NADI’ KUALA LINGGI SIAP FEBRUARI INI
KUALA LINGGI 19 Januari - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi bakal menerima satu Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)...