Wanita masa kini perlu ada ‘dompet’ sendiri – Exco

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

BANDA HILIR 8 Julai – Golongan wanita yang bergelar isteri masa kini disaran untuk mempunyai ‘dompet’ sendiri bagi meningkatkan keupayaan diri dan keluarga.

Exco Pembangunan Wanita, Komuniti dan Keluarga negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata, ia bagi membolehkan golongan itu membantu menambah pendapatan keluarga susulan cabaran ekonomi masa kini.

Beliau berkata, saranan itu khusus buat golongan wanita di kawasan bandar, di mana zaman kini telah wujud pelbagai inisiatif dan platform perniagaan yang boleh diceburi.

“Sebab itu isu ekonomi keluarga amat penting dan kita sebagai kaum wanita mesti mempunyai kesedaran betapa pentingnya peranan kita dalam menjaga, mengurus, menambah dan mengukuhkan ekonomi keluarga.

“Semua itu hanya boleh dicapai hanya melalui ilmu dan kemahiran seperti yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Tanpa ilmu, latihan dan kemahiran tidak mungkin wanita mampu melihat kebolehan dan keupayaan diri untuk bangkit menjadi wanita yang hebat dan berdaya saing.

“Sebab itu juga golongan wanita perlu ada ‘dompet’ sendiri, dompet itu akan membantu dikala kecemasan dan waktu-waktu memerlukan” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini pada sidang media selepas merasmikan Program Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku KEMAS Negeri Melaka Tahun 2024 di perkarangan Menara Taming Sari, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) KEMAS Malaysia, Zahiruddin Mat Zuini; Pengarah KEMAS Negeri Melaka, Asri Saleh serta lain-lain kenamaan.

Dalam pada itu, Kalsom meminta setiap wanita di negeri ini mempunyai semangat juang yang tinggi terutama ketika menghadapi pelbagai dugaan dan kesukaran.

“Dalam dunia perniagaan moden, tidak ada perkara mustahil untuk berjaya asalkan sanggup melengkapkan diri dengan ilmu dan maklumat yang diperlukan, selain bersedia untuk bekerja kuat mengejar kejayaan dengan disiplin,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

249
Kongsi :
Previous post 100 peserta terokai jejak sejarah, warisan Melaka
Next post Bekas penyewa tinggalkan bom mortar dalam rumah di Merlimau
Ubah saiz-+=