Wanita dihadapkan ke mahkamah cuba bunuh rakan lelaki
AYER KEROH, 11 Sept.- Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini, atas pertuduhan cuba membunuh rakan lelakinya dalam kejadian akhir Ogos lalu.
Tertuduh Pang Mui Jong, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan Hakim Norma Ismail.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa cuba membunuh dengan cara menggunakan pisau memotong buah untuk menikam mangsa yang berusia 56 tahun dalam kejadian di sebuah premis di Tama Malim Jaya, kira- kira jam 12.30 tengah hari, pada 31 Ogos 2020.
Justeru tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.
Prosiding pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Lyiana Zainal Abidin bagaimanapun tidak mencadangkan sebarang jaminan tetapi sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara pihaknya mencadangkan jaminan RM50, 000 diberikan.
Tertuduh yang diwakili peguam P Gunalan kemudian merayu agar diberikan jaminan keatas anak guamnya dengan jumlah yang rendah.
Selepas mendengar hujah kedua- dua pihak mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15, 000 selain menetapkan 13 Oktober depan tarikh sebutan semula kes.
Views:
Related
Berita Lain
PRODUK MAKANAN SEJUK BEKU DARI KUALA LINGGI SEMAKIN LARIS
KUALA LINGGI 15 Januari - Kesungguhan seorang suri rumah Siti Fuatdatul Nor Yusuff yang mahu meningkatkan taraf hidup keluarganya menerusi...
NASIB NELAYAN MELAKA TERUS TERBELA
AYER LIMAU 15 Januari - Nelayan di negeri ini bersyukur kerana Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan nasib mereka untuk meningkatkan...
UTEM TERUS PRIHATIN BANTU KEBAJIKAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN
DURIAN TUNGGAL 15 Januari - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meneruskan keprihatinan bagi membantu masyarakat terutama keluarga pelajar yang terkesan...
MYLESEN: MELAKA DAPAT 800 KUOTA LESEN B2 PERCUMA
KUALA LINGGI 15 Januari - Melaka menerima sebanyak 800 kuota tawaran lesen memandu kelas B2 secara percuma kepada rakyat menerusi...
ADVOKASI, KESEDARAN TANGANI BULI SIBER
PENGKALAN BATU 14 Januari - Kesedaran tentang buli siber harus dipupuk bermula di peringkat sekolah rendah kerana kanak-kanak di bawah...
JANGAN JADIKAN RUMAH ‘LUBUK’ SAMPAH
PANTAI KUNDOR 15 Januari - Pemilik premis kediaman di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor diingatkan supaya sentiasa menjaga...