Wanita digalakkan ceburi bidang perniagaan – Exco
BANDA HILIR 27 Julai – Wanita digalakkan melibatkan diri khususnya dalam bidang keusahawanan sekali gus meningkatkan pendapatan keluarga dan pembangunan ekonomi.
Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Kalsom Nordin berkata, golongan wanita hari ini memiliki banyak peluang untuk menceburi bidang itu dan ia dilihat semakin ramai berkecimpung dalam sektor itu.
“Saya lihat golongan wanita ini mempunyai strategi luar biasa apabila berniaga, mereka tidak mahu ketinggalan, malah terus mengorak langkah dalam meningkatkan kemajuan ekonomi di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian beliau pada majlis perasmian pembukaan Restoran Takooba di Dataran Pahlawan Melaka Megamall (DPMM) di sini, baru-baru ini.
Turut hadir Founder Takooba, Hafiey Amran dan Suhaidi Suhaimi bersama pemilik Takooba cawangan Melaka, Nur Shazriena dan Nur Mufidah.
Mengulas lanjut, Kalsom berkata sehingga kini pelbagai peluang perniagaan kerajaan bagi wanita yang berminat berniaga.
“Rebut lah peluang ini, saya harap penglibatan wanita sebagai usahawan berjaya akan terus meningkat menerusi pelbagai bantuan disediakan.
Sementara itu pemilik Takooba, Nur Shazriena berkata dia memilih untuk membuka perniagaan francis berkonspkan Mexcican Halal Food yang ringkas, murah dan lazat.
“Terima kasih kepada pihak HQ Takooba kerana sanggup hadir untuk menunjukkan komitmen dan sokongan terhadap pembukaan restoran itu.
“Dengan pembukaan outlet pertama ini, kami juga menjangkakan boleh membuka outlet berikutnya pada masa akan datang.
“Takobaa agak unik sedikit kerana jarang kita dengar restoran makanan segera ‘Mexcian food’,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.