Sorting by

×

Walaupun hujan, raya di Duyong tetap ‘enjoy’

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

DUYONG 2 Mei – Hujan lebat malam tadi sama sekali tidak mematahkan semangat orang ramai dalam memeriahkan Jamuan Mega Raya Duyong Kita 2024 di Taman Bandaraya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bukit Serindit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem menyatakan rasa terharu apabila tetamu yang hadir sanggup menunggu dan berhujan bagi meraikan majlis berkenaan.

“Biarpun hujan kita enjoy detik ini, terima kasih kepada tetamu yang setia menunggu bersama sampai habis majlis.

“Yang penting semangat dan sokongan pengunjung kali ini sangat memberangsangkan.

“Terima kasih setia bersama saya, mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan jika ada sepanjang majlis ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu jamuan mega berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh; Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin; Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil; Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman dan lain-lain kenamaan.

Selain pelbagai juadah makanan, majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan artis jemputan dan pempengaruh media sosial.

Majlis turut digegarkan dengan pertunjukan bunga api dan 20 das tembakan meriam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1696
Kongsi :
Previous post Melaka sasar sejuta pelancong China menginap dua malam
Next post Kenaikan gaji penjawat awam adalah tanda penghargaan
Ubah saiz-+=