Sorting by

×

Wajar sambung ‘lockdown’, kes COVID-19 masih tinggi

Masa Membaca:1 Minit, 50 Saat

AYER KEROH 12 Jun – Rata-rata rakyat di negeri ini menyokong kerajaan menyambung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh sektor sosial dan ekonomi di seluruh negara selama 14 hari bermula 15 sehingga 28 Jun.

Bagi Rozer Masudin, 33, langkah itu bertepatan dengan situasi pandemik COVID-19 di negara ini yang menunjukkan kes jangkitan harian masih tinggi iaitu melebihi 5,000 kes sehari.

 

ROZER.

 

“Langkah kerajaan menyambung semula tempoh PKP ini memberi gambaran betapa seriusnya kerajaan dalam memastikan negara bebas daripada wabak membawa maut ini.

“Sebagai rakyat Melaka khususnya, saya berpendapat ini adalah cara terbaik bagi mengawal penularan COVID-19 walaupun agak longgar jika dibandingkan dengan PKP 1.0.

“Bagaimanapun, data menunjukkan bagi beberapa hari ini kes di Melaka menunjukkan penurunan daripada lebih 300 kes kepada lebih 100 kes,” katanya kepada MHI.

NORHANIZA.

Norhaniza Ahmad, 41, pula berkata, perlanjutan tempoh PKP 3.0 penuh wajar dilaksanakan tetapi lebih elok jika dilaksanakan seperti PKP 1.0.

“Saya rasa wajar apa yang dilaksanakan oleh kerajaan, tapi untuk menyekat penularan virus ini sebaiknya dilaksanakan seperti PKP dahulu.

“Kerana jika kita lihat jumlah kes yang menurun dalam tempoh dua minggu ini masih rendah, keberkesanan PKP penuh ini masih di tahap 50 peratus.

“Masih banyak pergerakan kerana ada sektor ekonomi tertentu masih beroperasi. Jika ingin mencapai 100 peratus keberkesanan laksanakan sepenuhnya untuk tempoh ini tanpa sebarang aktiviti,” katanya.

NUR Hazirah.

Sementara itu Nur Hazirah Saliman,31, dari Taman 1 Krubong berpendapat pelaksanaan PKP 3.0 memberi peluang dirinya untuk bersama keluarga.

“Pada saya wajar diteruskan untuk kepentingan kita bersama, saya pun kerja semua secara atas talian, macam suami masih pergi kerja sebab dia kakitangan kesihatan tapi bukan setiap hari.

“Saya Bekerja Dari Rumah (BDR) setakat ini, anak pun tidak hantar tadika jadi ini peluang boleh ‘spend time’ dengan anak-anak juga tapi perlu bijak bahagikan masa uruskan keluarga dan membuat kerja.

“Sekarang walaupun PKP penuh, ada kelonggaran atas faktor ekonomi, jadi penurunan kes mungkin ambil masa sedikit sebab masih ada yang keluar sana sini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

326
Kongsi :
Previous post Hilux terbalik dirempuh ‘Perodua King’
Next post Orang Jasin hadir awal, tak ‘sabau’ nak terima vaksin – KM
Ubah saiz-+=