
WABAK DENGGI DI MELAKA MENINGKAT 82.3 PERATUS
SERI NEGERI 30 Disember – Jumlah kes denggi di Melaka meningkat kepada 2,168 kes atau 82.3 peratus sehingga minggu ke-51, bersamaan 21 Disember 2024.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem memandang serius perkara itu berikutan bagi tempoh sama 2023 Melaka hanya merekodkan sebanyak 1,189 kes.
“Purata di Melaka, lebih 40 kes direkodkan setiap minggu. Saya sarankan aktiviti gotong-royong dilaksanakan secara lebih kerap khusus di kawasan merekodkan kes yang tinggi.
“Mengikuti peratus an, jumlah kes dicatatkan Melaka Tahun ini agak tinggi,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Hee Sem turut memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning merupakan DUN mencatatkan jumlah kes paling rendah iaitu sembilan kes sahaja, diikuti DUN Machap Jaya.
“Diharapkan DUN-DUN yang kes demam denggi tinggi untuk mengambil tindakan segera,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI DIDAKWA BUNUH IBU DIARAH JALANI PEMERIKSAAN MENTAL
ALOR SETAR 9 Mac - Mahkamah Majistret di sini hari ini mengarahkan seorang lelaki yang dituduh membunuh ibunya baru-baru ini,...
PERHILITAN N.SEMBILAN SIASAT DAKWAAN DUA TAPIR BERKELIARAN DI TAMAN PERUMAHAN
SEREMBAN 9 Mac - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan sedang memantau dan menyiasat dakwaan kemunculan...
DULU DIANGGAP ‘GILA’, KINI WANITA CONTOH
DUYONG 9 Mac - Siapa sangka atau menduga insan yang dahulunya fakir, dianggap 'gila' kerana sering ‘melepak’ di kaki lima...
DAK NOR KINI WANITA KEBANGGAAN NEGERI MELAKA
DUYONG 9 Mac - Nor Komariah Mohd Khalid lourdes Lio, 41, atau lebih popular dengan panggilan Dak Nor kini boleh...
LORI SEDANG DITUNDA TERBALIK DI PENDANG, LORONG PLUS ARAH SELATAN TERHALANG
ALOR SETAR 9 Mac - Trak tunda yang sedang menunda sebuah lori sarat muatan tomato terlibat dalam kemalangan di Kilometer...
LEBIH 2,000 PENCINTA ALAM SAKSI KEHADIRAN BURUNG HIJRAH
KUALA LINGGI 9 Mac - Lebih 2,000 pencinta alam tempatan dan luar negara berhimpun pada Program Raptor Watch Tanjung Tuan...