Video tular geledah rumah ikut peruntukan undang-undang- polis

Masa Membaca:57 Saat

KUALA LUMPUR 2 Mac. – Tindakan pihak polis memeriksa serta menggeledah sebuah rumah individu di Taman Bukit Segar, Kajang di sini, pada 26 Februari lepas yang tular di media sosial adalah mengikut peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 248 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, tindakan yang dibuat di kediaman individu itu adalah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Tindakan diambil pihak polis dalam isu ini adalah mengikut peruntukan undang-undang dan kuasa-kuasa menyiasat yang telah ditetapkan.

“Sehubungan itu, pihak polis menasihati orang ramai supaya jangan terpengaruh dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini sehingga boleh menimbulkan kekeliruan masyarakat,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Baru-Baru ini, tular hantaran video seorang individu yang sedang dikesan polis mendakwa anggota pasukan keselamatan itu membuat serbuan serta penggeledahan di kediamannya tanpa mengemukakan sebarang waran tangkap dan waran geledah.

Individu itu didakwa tidak memberikan kerjasama selepas 30 minit pihak polis berada di depan rumahnya dan tindakan pengeledahan serta penyitaan tanpa waran telah dibuat oleh seorang pegawai polis.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1370
Kongsi :
Previous post Kes bunuh pengasas Ambank: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati bekas pemandu trak tunda
Next post Lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran rumah teres
Ubah saiz-+=