
Video dan gambar tular rakyat Malaysia samun warga Singapura adalah palsu
JOHOR BAHRU, 3 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan terdapat rakyat negara ini menyamun dan mencederakan warga Singapura seperti yang dipaparkan beberapa klip video dan gambar yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata video dan gambar berkenaan adalah palsu dan Bukit Aman juga pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara itu pada 2 Nov lepas.
Beliau berkata penyebaran video dan gambar palsu seumpama itu dilihat sebagai cubaan untuk menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai, khususnya pelancong warga Singapura yang datang ke negara ini melalui Johor.
“Perbuatan menyebarkan dan membuat spekulasi palsu adalah menyalahi undang-undang dan boleh diambil tindakan dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun, atau kedua-duanya.
Justeru itu beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai dakwaan yang diperoleh daripada sumber yang tidak sah dan menggunakan maklumat palsu.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TUN DR. MOHD ALI MERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI UNIMEL
KUALA LINGGI 11 April - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Mohd Rustam hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan...
MELAKA ALU-ALUKAN LEBIH RAMAI PELABUR CHINA, MAHU JADI ‘SEMI INDUSTRIAL STATE’
AYER KEROH 11 April - Kerajaan Melaka amat mengalu-alukan kedatangan pelabur yang berpotensi khusus dari China, bagi merancakkan lagi pertumbuhan...
PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU
MELAKA 11 April - Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini,...
PENGANGGUR DISYAKI CABUL GADIS SEDANG BERSENAM
AYER KEROH 11 April - Seorang lelaki yang juga penganggur ditahan polis selepas dipercayai mencabul seorang gadis dalam kejadian di...
KERAJAAN PERPADUAN SEMAKIN MATANG, SELESAI MASALAH RAKYAT
BUKIT KATIL 11 April - Selepas tiga tahun, pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat...
DUA MAUT, TIGA PARAH DALAM KEMALANGAN DI JOHOR BAHRU
JOHOR BAHRU 11 April - Dua maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua pacuan empat...