Sorting by

×

Vida tak suka berangan, fokus bentuk Melaka United FC

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 26 Feb – Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC), Risto Vidakovic tidak mahu meletakkan impian yang terlalu tinggi, sebaliknya akan memberi fokus terhadap meningkatkan mutu permainan pasukannya setiap hari.

Katanya, impian itu hanya akan memberi tekanan kepada pasukan dan menyebabkan mereka hilang fokus di atas padang.

“Itu cara saya bekerja. Saya nak mereka (pemain) fokus dengan setiap perlawanan berbanding meletakkan target (sasaran) tertentu.

“Kalau ikutkan perlawanan malam ini, banyak yang perlu diperbaiki lagi dan saya tak pandang kemenangan ini untuk tiket bersenang-lenang. Saya pun tak banyak masa sebelum liga,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merangkul Piala TYT yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Krubong.

Kemenangan itu membolehkan Melaka United merangkul Piala TYT yang disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Ditanya mengenai persediaan, beliau mengakui kesuntukan masa sewaktu sesi latihan dan kemasukan pemain baharu dalam tempoh yang singkat menjadi cabaran buatnya untuk membentuk keserasian antara pemain skuad itu.

“Saya percaya kalau diberi peluang, para pemain akan beraksi lebih cemerlang walaupun masanya agak suntuk dengan kemasukan pemain-pemain baharu.

“Apa pun saya percaya dengan semangat berjuang dan tidak putus asa, kita boleh harungi liga ini dan menampilkan mutu persembahan yang lebih baik,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

957
Kongsi :
Previous post BN dijangka ulangi kemenangan Melaka pada PRN Johor
Next post Tiga beradik rentung dalam kebakaran di Lawas
Ubah saiz-+=