Sorting by

×

Vida kena ada masa

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

AYER KEROH 25 Feb – Ketua jurulatih Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) Risto Vidackovic, perlu bijak mencari masa untuk memenuhi sasaran pengurusan tertinggi kelab itu bagi musim 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif MUFC Datuk Wira Justin Lim Hwa Tat mensasarkan MUFC menduduki tempat tiga teratas bagi Liga Super musim 2022 akan datang.

“Dia (Vidakovic) kena ada masa, tapi saya menaruh keyakinan tinggi kepada beliau dan barisan pemain MUFC musim 2022 kali ini.

“Mereka ini profesional, tahu apa perlu dibuat dan persembahan apa sepatutnya ditonjolkan di atas padang. Bagi saya masa bukan penghalang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Jersi Melaka United FC 2022 di Stadium Hang Jebat, malam ini yang disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

KELIBAT Vidakovic pada hari pertama sesi latihan di Stadium Hang Tuah, Melaka. Gambar fail. Foto: MR. Azli

Justin berkata selain keinginan berada di tangga tiga teratas liga beliau turut mengimpikan beberapa piala utama bolasepak tempatan menjadi koleksi MUFC.

Vidakovic yang berasal dari Bosnia dan Herzegovina menggantikan Zainal Abidin Hassan sebagai ketua jurulatih MUFC.

Sebelum ini Vidakovic mengakui berdepan cabaran hebat dalam mempersiapkan pasukan menghadapi pembukaan Liga Super musim 2022, awal bulan depan.

Dengan tempoh hanya sebulan untuk mempersiapkan pasukan, ia waktu yang cukup suntuk untuknya dan pasukan.

Namun, beliau enggan menjadikannya sebagai alasan, sebaliknya kekal fokus memanfaatkan masa yang ada untuk menyatukan skuad Hang Tuah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1093
Kongsi :
Previous post TYT lancar jersi MUFC musim 2022
Next post Piala Sumbangsih: Tunku Ismail mahu tinggalkan bola sepak jika JDT tewas
Ubah saiz-+=