
Van terbabas elak musang, 11 pelajar tahfiz cedera
SEREMBAN, 17 April – Sebelas daripada 18 pelajar tahfiz dari sebuah madrasah di Rembau dekat sini, cedera selepas van dinaiki terbabas gara-gara cuba mengelak seekor musang yang melintas di Kilometer 16 Jalan Seremban-Tampin, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri MohamadĀ berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 pagi itu,Ā seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun patah tangan kanan dan seorang lagiĀ berusia 16 tahun cedera padaĀ mulut, manakala sembilan yang lain cedera ringan.
Beliau berkata kedua-dua pelajar ituĀ dirawat di zon kuning di Hospital Rembau dan selebihnyaĀ dirawat sebagai pesakit luar.
āPemandu van Muhammad Tamimi Md Suhot, 26, cedera ringan di jari kiri, manakala bakiĀ tujuh lagi pelajar tidak mengalami sebarang kecederaan.
āKemalangan berlaku semasa mereka dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Tampin dan setibanyaĀ di lokasi kejadian, van dipandu Muhammad TamimiĀ dipercayai hilang kawalanĀ sebelum terbabasĀ ke kiri jalan,āĀ katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Hazri berkata kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.