Sorting by

×

Vaksin COVID-19: 170,734 penerima di Melaka sudah daftar

Masa Membaca:56 Saat

SERI NEGERI 11 Mac – Seramai 170,734 individu sudah mendaftar untuk menerima vaksin virus COVID-19 melalui MySejahtera di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sehingga semalam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, angka itu adalah 24 peratus daripada kira-kira 701,000 penduduk Melaka berusia 18 tahun dan ke atas yang layak untuk menerima vaksin tersebut berbanding keseluruhan penduduk dianggarkan berjumlah 970,000 orang.

“Pendaftaran PICK peringkat negeri Melaka melalui aplikasi MySejahtera ini juga perlu diperluaskan kepada lapisan masyarakat yang tidak mempunyai akses MySejahtera menggunakan telefon pintar khususnya untuk golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

“Pegawai Daerah perlu menggerakkan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) dan Jawatankuasa Pembangunan dan
Keselamatan Kampung (JPKK) untuk mendaftarkan lapisan masyarakat ini supaya tidak tercicir daripada pendaftaran vaksin.

“Saya minta mereka ini turun di kawasan solok-solok (pedalaman) waima Orang Asli sekali pun (didaftarkan),” katanya pada sidang media khas di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata sehingga 10 semalam juga, seramai 4.6 juta individu sudah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera di seluruh negara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

341
Kongsi :
Previous post MBMB mandulkan 252 kucing dan 35 anjing terbiar
Next post ‘Kita akan libatkan SPRM’ – Sulaiman
Ubah saiz-+=