
UTP melonjak 12 kedudukan dalam kedudukan universiti terbaik Asia
KUALA LUMPUR 26 Nov. – Universiti Teknologi Petronas (UTP) mengekalkan kedudukannya sebagai universiti swasta nombor satu negara dalam senarai Quacquarelli Symonds (QS) Asia University Rankings 2021, dengan melonjak kepada kedudukan ke-70, berbanding 82 tahun lepas.
UTP dalam kenyataan hari ini memaklumkan dengan pencapaian tertinggi setakat ini, UTP kini berada dalam kumpulan 11 peratus teratas daripada 634 institusi dalam ranking itu.
Naib Canselor UTP Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib berkata: “Saya gembira melihat bahawa kerjasama strategik dengan universiti di rantau ini serta graduan kami yang berkualiti tinggi diakui oleh pelbagai industri, telah menyumbang kepada kedudukan ranking kami”.
Sejak diperkenalkan pada 2016, ranking UTP meningkat dalam tempoh lima tahun berturut-turut apabila melonjak 57 anak tangga kepada kedudukan ke-101 pada 2018 berbanding kedudukan ke-127 tahun sebelumnya, dan berjaya berada dalam kelompok 100 teratas dengan berada pada ranking ke-99 pada 2019.
Prestasi UTP turut meningkat dalam empat daripada 11 metrik yang dimanfaatkan oleh QS iaitu akademik dan reputasi pentadbir, kakitangan dengan ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan pertukaran pelajar.
— BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...
100 TAHUN, PANDU PUTERI MELAKA TERUS MARTABAT ANAK GADIS, WANITA
BANDA HILIR 18 April - Menginjak usia 100 tahun penubuhannya, Persatuan Pandu Puteri Melaka terus mengorak langkah dalam memartabatkan anak...
One thought on “UTP melonjak 12 kedudukan dalam kedudukan universiti terbaik Asia”
Comments are closed.