UTEM-TEXAS INSTRUMENT TERUS PERKUKUH HUBUNGAN DUA HALA

Masa Membaca:1 Minit, 50 Saat

DURIAN TUNGGAL 17 Oktober – Kerjasama dua hala antara Texas Instruments (M) Sdn Bhd dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) diperkukuhkan lagi menerusi memorandum perjanjian (MoA) yang dimeterai antara kedua-dua pihak.

Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, MoA itu sebagai menyokong penubuhan Texas Instruments Competence Centre (TICC).

Whatsapp Image 2024 10 16 At 8.08.29 Pm
MOHD Noor Helmy ketika menandatangani plak perasmian Pusat Penyelidikan Texas Instruments Competence Centre (TICC).

Katanya, TICC bakal menjadi pusat kecemerlangan dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi kejuruteraan elektronik serta komputer di UTeM.

“Penubuhan TICC antara salah satu pengisian daripada program ‘We Win by Innovation TI-UTeM’. Program ini bukti jelas bagaimana kerjasama strategik antara universiti dan industri mampu membawa manfaat besar dalam memacu pembangunan teknologi serta inovasi negara kita.

“Sejak bertapak di Malaysia, Texas Instruments terkenal sebagai pengeluar semikonduktor global memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan teknologi di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Majlis Perasmian Makmal Penyelidikan daripada Texas Instruments di Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektronik dan Komputer (FTKEK), UTeM, semalam.

Pada majlis tersebut, Mohd Noor Helmy turut menyampaikan hadiah Texas Instruments–UTeM Innovation Competition (TUIC 2024) kepada pemenang.

Mengulas lanjut, Mohd Noor Helmy berkata Program We Win by Innovation TI-UTeM yang dianjurkan mempunyai beberapa matlamat utama, termasuk menyediakan platform untuk pelajar-pelajar pra-siswazah seluruh Malaysia untuk mempamerkan inovasi dan ciptaan mereka.

Whatsapp Image 2024 10 16 At 8.11.32 Pm
MOHD Noor Helmy bergambar bersama kenamaan, pemenang Texas Instruments – UTeM Innovation Competition (TUIC 2024).

Jelasnya, Pertandingan TI-UTeM Innovation Competition 2024 (TUIC2024) adalah salah satu aktiviti utama program berkenaan yang membuka peluang kepada pelajar mempamerkan kreativiti masing-masing.

“Melalui program ini, kita bukan sahaja menggalakkan inovasi dan kreativiti dalam kalangan pelajar, tetapi juga membantu mereka membina jaringan profesional yang dapat membuka peluang pekerjaan pada masa akan datang.

“Saya difahamkan, Texas Instrumentstelah membangunkan pusat tersebut dengan kos RM94,000 dan kita amat berbesar hati kerana lebih banyak projek penyelidikan akan dijalankan pada masa hadapan.

“Inisiatif ini diharap bukan sahaja memperkuatkan hubungan UTeM dan Texas Instruments, tetapi juga menyumbang kepada pembangunan industri teknologi tempatan,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

77
Kongsi :
Previous post KUAM 2024: 40 ASET UDARA DIPAMER
Next post SUKAN BENTUK DISIPLIN KANAK-KANAK
Ubah saiz-+=