UTeM terbuka terima kemasukan pelajar Rohingya – Massila

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

DURIAN TUNGGAL 20 Jun – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bersifat terbuka untuk menerima kemasukan pelajar etnik Rohingya melanjutkan pelajaran di institusinya.

Naib Canselor UTeM, Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, bagaimanapun pihaknya akan memastikan segala aspek keselamatan dan kesejahteraan menjadi keutamaan.

“Kami terbuka untuk terima pelajar etnik ini, namun kita perlu menjaga perkara-perkara yang sensitif daripada berlaku.

“Saya serahkan perkara ini kepada keprihatinan timbalan-timbalan canselor saya untuk melihat daripada segi kelayakan mereka (pelajar Rohingya).

“Kalau pelajar itu layak kenapa tidak ambil dia belajar, kita tak mahu nilai mereka etnik apa, namun kita akan sentiasa memantau keselamatan, kesejahteraan dan perpaduan semua,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Wacana Kedaulatan Malaysia dan Pelancaran Ekspo Buku Malaysia 2024 di Auditorium Canselori Kampus Induk UTeM, di sini, hari ini.

Majlis itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam yang juga Canselor UTeM.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengelola, Yayasan Pembangunan Buku Negara, Tan Sri Prof. Dr. Abdul Latiff Abu Bakar dan lain-lain kenamaan.

Terdahulu Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tiada halangan untuk pelarian Rohingya diberi peluang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan kerana ia tidak akan mengancam kedaulatan negara, kata .

Ujarnya, isu berkenaan tidak timbul kerana Malaysia sebagai sebuah negara bertamadun tidak boleh lari daripada sifat manusiawi dan ihsan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2225
Kongsi :
Previous post Tambah baik syarat kursus praperkahwinan, temuduga mohon kebenaran kahwin
Next post Ajal dirempuh motosikal elak pemotong rumput
Ubah saiz-+=