Sorting by

×

UTeM tawar 10 program pilihan industri tempatan

Masa Membaca:1 Minit, 37 Saat

DURIAN TUNGGAL 3 Januari – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menawarkan 10 program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan yang menjadi pilihan utama industri tempatan.

Program ditawarkan itu adalah bagi kemasukan pelajar baharu untuk Semester 2 (Mac) Sesi 2023/2024.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTeM, Prof Dr. Zulkifilie Ibrahim berkata, ia peluang keemasan yang dinantikan bagi pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang Institusi Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Katanya, peluang ini terbuka kepada calon-calon lepasan diploma, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), politeknik, matrikulasi, asasi dan diploma setarafnya yang belum melanjutkan pengajian.

“Pemohon perlu mempunyai keputusan MUET sekurang-kurangnya Band 2/2.0, mereka boleh mohon secara dalam talian (percuma) menerusi laman sesawang www.utem.edu.my/kemasukan yang mana tarikh tutup permohonan pada 9 Januari ini.

“Program yang ditawarkan meliputi lima program kejuruteraan iaitu Ijazah Sarjana

Muda Kejuruteraan Pembuatan Dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Industri Dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer Dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik Dengan Kepujian.

“Manakala lima program teknologi kejuruteraan pula adalah Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dengan kepujian, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Proses dan Teknologi) dengan kepujian, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Produk) dengan kepujian.

“Selain Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi) Dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Industri) Dengan Kepujian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, program itu merupakan pilihan utama industri tempatan, nasional dan antarabangsa serta berdaya menyumbang kepada kebolehpasaran tinggi graduan.

“UTeM mempunyai keunikan tersendiri dengan pembelajaran berkonsepkan ‘teaching factory’, manakala setiap program ditawarkan juga dilengkapkan dengan pensijilan profesional di samping kokurikulum menepati keperluan industri dunia.

“Hasilnya terbukti dengan kadar kebolehpasaran graduan UTeM terus mencatatkan peningkatan peratusan pada setiap tahun iaitu tahun 2020 (88.1 peratus), 2021 (91.1 peratus) dan 2022 (96.4peratus),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

7524
Kongsi :
Previous post Waris Hang Tuah sedia bantu Kerajaan Negeri Melaka
Next post Melaka negeri mesra karavan
Ubah saiz-+=