UTeM sumbang tenaga kerja mahir bidang digital
AYER KEROH 30 Sept. – Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) Jabatan Ketua Menteri merekodkan sebanyak 1,128 ‘access point’ (AP) jaringan tanpa wayar (WiFi) percuma di negeri ini.
Ketua Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) BTMK Shamsudin Sharif berkata, kemudahan itu bagi membolehkan rakyat menikmati akses internet percuma secara optimum.
“Setakat ini sebanyak 119 access point WiFi percuma dipasang di kompleks kerajaan negeri, 11 di Jawatankuasa Penyelarasan dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) bagi tahun 2019 dan 42 akses dipasang pada tahun 2020 di mana sebanyak 12 akses sedang dilaksanakan.
“Manakala, sebanyak 14 unit WiFi percuma dipasang di bawah kawasan pentadbiran keempat-empat pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini, ” katanya.
Beliau berkata demikian pada wawancara khas bersama Melaka Hari Ini (MHI) di pejabatnya di Seri Negeri, hari ini.
Jelasnya, keutamaan BTMK adalah memasang WiFi percuma di setiap premis kerajaan negeri sebelum premis awam di negeri ini.
“Tujuan dia supaya rakyat yang datang berurusan dengan premis kerajaan ini dapat gunakan WiFi percuma sekali gus memberi keselesaan kepada mereka.
“Contohnya di Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan pejabat daerah di mana ia menjadi tempat tumpuan orang ramai untuk menguruskan bayaran bil, cukai atau sebagainya,” katanya lagi.
Katanya, sasaran BTMK adalah untuk menambah 1,000 AP baharu di negeri ini menerusi kolaborasi bersama Telekom Malaysia (TM).
“Bagaimanapun, usaha itu akan dilaksanakan selepas mengadakan perbincangan lebih lanjut bersama pihak TM.
“Saya percaya usaha ini memudahkan rakyat Melaka kerana WiFi kita tiada ‘limit’ dan paling penting fokus kita adalah golongan pelajar dan belia di negeri ini,” katanya.