Sorting by

×

UTeM perluas budaya penyelidikan inovatif

Masa Membaca:1 Minit, 42 Saat

DURIAN TUNGGAL 3 Ogos – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus memperluas dan memantapkan budaya penyelidikan inovatif serta kebolehpasaran hasil penyelidikan bersama industri menerusi penganjuran Program International Innovative Research & Industrial Dialogue 2024 (iIRID’24).

Program yang berlangsung selama 2 hari itu merupakan anjuran bersama Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Industri dan Pembuatan (FTKIP) dan Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka, bertempat di Auditorium FTKIP, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTeM, Prof Ir. Dr. Ghazali Omar berkata, UTeM meneruskan kedinamikan proses pemerkasaan budaya penyelidikan dan kerjasama strategik dengan pihak industri menerusi program sebegini.

Jelasnya, sinergi antara akademik dan industri terus menjadi keutamaan kerana universiti merupakan gerbang penyelidikan dan inovasi manakala industri pula sebagai medium yang memacu inovasi ini ke pasaran, mengubahnya menjadi produk dan perkhidmatan

“Agenda berimpak tinggi ini tentunya menyumbang manfaat meluas kepada pembangunan komuniti yang bukan hanya dalam negara malah melebar di peringkat antarabangsa serta menangani cabaran kompleks yang kita hadapi pada abad ke-21.

“iIRID’24 juga menyokong Pelan Strategik 5ST UTeM selari dengan ST2 iaitu mempromosikan RICE, menjana pendapatan dengan menterjemahkan penyelidikan dan inovasi kepada pengkomersilan serta perundingan.

“Selain itu, program ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ke 9 iaitu Industri, Inovasi dan Infrastruktur- membina infrastruktur yang berdaya tahan, menggalakkan perindustrian yang mampan dan memupuk inovasi,” ujarnya.

Sementara itu, Dekan FTKIP, Profesor Ir. Dr. Hambali Arep@Ariff menyatakan program itu mendapat penyertaan memberangsangkan daripada kalangan staf, pelajar pascasiswazah, pelbagai pihak industri serta institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

“Program ini telah menerima sebanyak 46 kertas penyelidikan, 23 projek inovatif dan 16 poster untuk pembentangan, meliputi pelbagai skop kejuruteraan pembuatan.

“Ia merangkumi Kebolehpercayaan dalam Reka Bentuk, Ergonomik dalam Reka Bentuk, Reka Bentuk Hijau & Kelestarian, CAD/ CAM/CAE, Pembuatan Tambahan, Teknologi dan Reka Bentuk, Automasi & Robotik Industri, Proses Pembuatan dan lain-lain.

“Pada masa yang sama semua kertas teknikal yang memenuhi kualiti penerbitan akan diterbitkan di dalam prosiding berindex International Standard Book Number (ISBN/ e-ISBN),” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

154
Kongsi :
Previous post Zainal Rabin sudah tiada
Next post Wanita warga emas maut dipijak gajah
Ubah saiz-+=