UTeM lakar kegemilangan sepanjang 22 tahun
DURIAN TUNGGAL 30 November – Tanggal 1 Disember tahun ini genap usia 22 tahun penubuhan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM).
Naib Canselor UTeM Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, sepanjang tempoh 22 tahun itu, UTeM meraih pelbagai pencapaian selari aspirasi penubuhannya untuk melonjak kecemerlangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ke aras lebih tinggi.
Katanya kejayaan UTeM mencakupi segenap dimensi merangkumi kecemerlangan penyelidikan dan inovasi, keunggulan akademik, penyerlahan kakitangan, mahasiswa serta graduan berimpak tinggi kepada negara selain dunia.
âBerdasarkan penarafan ‘Quacquarelli Symonds’ (QS), UTeM merupakan salah sebuah universiti terbaik di Asia pada kedudukan 400 terbaik dan tersenarai dalam QS ‘World University Rankings By Subject’.
âIanya dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal, Aeronautik dan Pembuatan (kedudukan 451-500), bidang Sains Komputer dan Sistem Maklumat (kedudukan 651-670).
â’Times Higher Education’ (THE) pula mengiktiraf UTeM menyerlah pada kedudukan 1,200 universiti terbaik dunia dan mencapai kedudukan 600 terbaik bagi THE Impact Rankings,â katanya.
Beliau berkata, setakat ini UTeM sudah melahirkan 38,814 graduan dengan tahap kebolehpasaran mencapai 90 peratus.
Menurutnya, tahap peratusan itu membuktikan bahawa graduan UTeM adalah buruan majikan seluruh dunia dan bukan di Malaysia sahaja.
“Bersempena 22 tahun UTeM pada tanggal 1 Disember kami merancang beberapa aktiviti yang akan berlangsung di Dewan Canselor, Pusat Sukan dan Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM.
âAmat penting bagi seluruh warga UTeM kembali menghayati daripada awal penubuhan dan segenap episod kejayaan yang telah dikecapi bersama.
âIni semua adalah bersandarkan kepada konsep kebersamaan seluruh warga UTeM bersama menjayakan misi dan visi UTeM secara berterusan dan tidak pernah putus asa,â katanya lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.