UTeM kongsi ilmu celik kewangan digital
DURIAN TUNGGAL 16 Mac – Seramai 200 peserta mengambil bahagian dalam UTeM Finance Seminar 3.0 (UFiS 3.0), Dasar dan Cabaran Pelaksanaan Pendigitalan Kewangan, berlangsung selama dua hari di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini.
Bendahari UTeM, Khairul Taib berkata peserta membabitkan pegawai kewangan, juruaudit, pegawai sistem maklumat daripada universiti awam dan swasta, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta dan agensi swasta seluruh Malaysia.
Khairul berkata antara objektif program adalah untuk memberikan pendedahan, berkongsi perkembangan semasa dan amalan terbaik kepada peserta dalam melaksanakan pendigitalan kewangan.
Katanya menerusi seminar dianjurkan peserta mendapat pendedahan sebenar berhubung dengan dasar-dasar kewangan dan cabaran dalam melaksanakan pendigitalan kewangan.
“Kami juga menggunakan peluang yang ada untuk mendapatkan maklumat berhubung status dan perkembangan semasa proses pendigitalan kewangan negara.
“Selain itu, platform ini tentunya turut memberi pendedahan awal kepada peserta untuk pelaksanaan pendigitalan di agensi masing-masing yang mana selaras dengan hasrat dan aspirasi Perdana Menteri ke arah Malaysia Madani,” ujarnya lagi.
UFiS 3.0 telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UTeM, Prof. Dr. Zulkifilie Ibrahim mewakili Naib Canselor UTeM.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.