Sorting by

×

UTeM komited kukuhkan hubungan strategik dengan kerajaan negeri

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 8 April – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus mengukuhkan hubungan strategik dengan kerajaan negeri Melaka serta komited berkongsi kepakaran dimiliki bagi menjayakan agenda pembangunan berterusan negeri ini.

Perkara itu antara dibincangkan ketika kunjungan hormat Naib Canselor UTeM, Profesor Dr Massila Kamalrudin ke pejabat Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, baru-baru ini.

Dr Massila berkata, sebagai sebuah universiti awam teknikal berprestij di Melaka, pihaknya sentiasa bersama menjadi ejen penyumbang kepada pembangunan segenap sektor di negeri ini.

Katanya, UTeM sedia dan sentiasa komited berkongsi kepakaran yang dimiliki menerusi pelbagai bidang termasuk kejuruteraan, teknologi maklumat dan komunikasi serta pengurusan teknologi dan pelancongan untuk bersama-sama menjayakan agenda pembangunan negeri.

“Bagi aspek teknikal dan kejuruteraan, UTeM menyumbangkan kepakaran dalam membangunkan prototaip beca elektrik (e beca) yang akan membentuk wajah baharu landskap perkhidmatan beca di negeri ini.

“UTeM turut menyumbangkan khidmat nasihat dan kepakaran teknologi bagi memantapkan lagi proses penjagaan kebersihan sungai Melaka agar terus berdaya tarikan tinggi buat sektor pelancongan negeri ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Massila berkata, selain itu UTeM juga menjadi penasihat dan penyumbang kepakaran teknikal bagi gerak kerja dan pengisian banyak projek-projek berkaitan Melaka Smart City terus memoperkasakan agenda pengajian tinggi teknikal berprestij untuk Malaysia dan persada dunia.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1299
Kongsi :
Previous post Pegawai pendidikan didakwa terima rasuah RM5,000 daripada kontraktor
Next post ‘Ah long’ silap rumah
Ubah saiz-+=