Sorting by

×

UTeM Holdings, MEVB jalin kerjasama komersialkan motosikal elektrik

Masa Membaca:1 Minit, 50 Saat

DURIAN TUNGGAL – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Holdings menjalin kerjasama dengan syarikat M Vehicle Berhad (MEVB) untuk mengkomersialkan motosikal elektrik di Melaka.
Ketua Pegawai Eksekutif UTeM Holdings, Datuk Wira (Dr.) Sazali Muhd Din berkata, kerjasama di antara pihaknya bersama MEVB itu berupaya menggerakkan usaha ke arah memacu perkembangan teknologi kenderaan elektrik (EV).

Katanya, dengan kekuatan UTeM Holdings yang disandarkan bersama tenaga pakar dan pemikir yang berpengetahuan tinggi, produk berteknologi tinggi khususnya yang berkaitan dengan EV ini akan terlaksana.

“Sebagai syarikat milik penuh UTeM, penyertaan UTeM Holdings dalam sektor perniagaan atau secara spesifiknya electric motor ini adalah selari dengan hasrat UTeM dalam meningkatkan pembangunan dan pengkomersilan teknologi, termasuklah dalam teknologi EV.

“Ia juga bagi menyahut saranan Dasar Automotif Nasional (NAP) dalam memperkukuhkan EV sebagai pengangkutan pilihan masa hadapan serta menyokong usaha pelaksanaan inisiatif pengurangan kadar pelepasan karbon di dalam negara.

“Melalui memorandum persefahaman ini juga, UTeM Holdings dan MEVB akan bekerjasama dalam mengenalpasti peluang-peluang perniagaan yang berasaskan EV,” katanya.

photo_2022-11-25_16-24-12
Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr). Mohd Ali Mohd Rustam (tengah) hadir pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UTeM Holdings Sdn. Bhd. dengan M Electric Vehicle Berhad di Bangunan Canselori, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka. Foto: MR. AZLI

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkasnya pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UTeM Holdings dan MEVB di Bilik Mesyuarat Utama Bangunan Canselori UTeM, di sini, 25 November lalu.

Terdahulu, pertukaran dokumen MoU itu turut disaksikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam merangkap Canselor UTeM.

Hadir sama, Naib Canselor UTeM, Dr Massila Kamalrudin; Pengerusi MEVB Datuk Lau Ah Kew; Ketua Pegawai Eksekutif MEVB, Lee Yen Cheng, Ketua Pegawai Operasi UTeM Holdings, Zahiful Azwan Zakaria dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM), Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Mengulas lanjut, Sazali berkata, dalam konteks universiti, kerjasama itu akan menuntut penggelembengan usaha dalam penyelidikan dan perundingan bagi membangunkan produk, perpindahan teknologi atau idea baharu.

“Memorandum ini juga adalah sebagai wadah permulaan untuk memanfaatkan rangkaian, bidang kepakaran, sumber pengetahuan seterusnya membentuk kerjasama erat di antara industri dan UTeM,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3797
Kongsi :
Previous post UPKK 2022: Tarikh subjek Ulum Syari’ah dipinda ke 5 Dis
Next post Cuti umum: Majikan, pekerja perlu bincang tentukan pilihan tarikh
Ubah saiz-+=