
UTeM beri kelonggaran kepada pelajar terkesan banjir
MELAKA, 23 Dis – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) memberi kelonggaran kepada pelajarnya yang terkesan akibat banjir untuk menangguhkan semua aktiviti melibatkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) selama tujuh hari bermula hari ini.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTeM, Prof Ir Dr Ghazali Omar berkata pihak universiti juga bersetuju menganjakkan minggu kuliah kepada 12 hingga 16 Jan tahun depan bagi tujuan penggantian semua aktiviti yang terjejas.
“Penangguhan berkenaan bagi mengurangkan tekanan pelajar yang terkesan akibat banjir yang melanda sebahagian besar kawasan di Melaka selain Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang baru-baru ini.
“Justeru, pelajar yang terbabit boleh menghubungi fakulti masing-masing untuk maklumat terkini berkaitan aktiviti PdP,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata penangguhan itu juga diharap dapat meringankan beban serta memudahkan dan melancarkan proses pemulihan pascabanjir kepada pelajar berkenaan.
Katanya UTeM sentiasa memastikan kebajikan pelajar termasuk kesihatan fizikal dan mental mereka berada pada tahap terbaik, selain memantau secara berterusan dengan menyediakan pelan tindakan bagi menangani isu berbangkit. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...
ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK
KLEBANG 12 Mac - Penduduk Kampung Balik Buloh, Klebang Besar memecahkan tradisi, apabila menjadikan asam pedas sebagai pengganti bubur lambuk...
TUJUH DEKAD PERZIM LESTARI WARISAN, PERKUKUH IDENTITI BANGSA
AYER KEROH 12 Mac - Selama tujuh dekad, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memainkan peranan besar sebagai sebuah institusi yang bukan...
AGIHAN 6,000 KUPON E-DOMPET DI PASAR RAMADAN TAMAN SERI DUYONG
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai berkunjung ke Pasar Ramadan Rahmah Taman Seri Duyong dari 11 hingga 15 Mac...