
UTeM bantu mangsa terlibat bencana banjir
DURIAN TUNGGAL 30 Nov. – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyalurkan sumbangan kepada 23 keluarga yang terlibat bencana banjir, baru-baru ini.
Sumbangan itu diagihkan kepada mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel, Bemban dan PPS SK Parit Gantong, Sungai Rambai.
Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Prof Madya Ir. Dr. Md. Nazri Othman berkata, usaha itu bagi mendekati dan menyelami perasaan mangsa banjir dalam menghadapi situasi getir.
“UTeM ambil inisiatif mengumpul sumbangan barangan keperluan asas dari warga universiti bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir di negeri ini.
“Sumbangan berbentuk barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung gandum, sardin, biskut dan banyak lagi,” katanya.
Bantuan itu menerusi Pejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UTeM dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka.
Hadir sama, Pengarah Pusat Pembangunan Komuniti dan I-COE UTeM, Prof Madya Dr. Effendi Mohamad dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Jasin, Mohd Faizal Mat Yaacob.
Views:
Related

Berita Lain
PENSYARAH UTEM BANTU TINGKAT EKONOMI WANITA JADI USAHAWAN F&B
DURIAN TUNGGAL 10 Mac - Sekumpulan pensyarah dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah melaksanakan projek khas meningkatkan tahap ekonomi...
KEMBARA SAHUR MAIM IMARAH RAMADAN
AYER KEROH 10 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memperkasa program dakwah dan kebajikan sepanjang Ramadan dengan pelbagai...
LELAKI DIDAKWA BUNUH IBU DIARAH JALANI PEMERIKSAAN MENTAL
ALOR SETAR 9 Mac - Mahkamah Majistret di sini hari ini mengarahkan seorang lelaki yang dituduh membunuh ibunya baru-baru ini,...
PERHILITAN N.SEMBILAN SIASAT DAKWAAN DUA TAPIR BERKELIARAN DI TAMAN PERUMAHAN
SEREMBAN 9 Mac - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan sedang memantau dan menyiasat dakwaan kemunculan...
DULU DIANGGAP ‘GILA’, KINI WANITA CONTOH
DUYONG 9 Mac - Siapa sangka atau menduga insan yang dahulunya fakir, dianggap 'gila' kerana sering ‘melepak’ di kaki lima...
DAK NOR KINI WANITA KEBANGGAAN NEGERI MELAKA
DUYONG 9 Mac - Nor Komariah Mohd Khalid lourdes Lio, 41, atau lebih popular dengan panggilan Dak Nor kini boleh...