
UTC Melaka tutup sementara, petugas positif COVID-19
Masa Membaca:33 Saat
AYER KEROH 15 Jan. – Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Jalan Hang Tuah di sini, ditutup sementara hari ini susulan seorang petugasnya didapati positif COVID-19.
Menurut sumber, penutupan bangunan itu dibuat jam 12.30 tengah hari tadi sehingga 5 petang iniu ntuk proses sanitasi, namun dijangka kembali beroperasi seperti biasa esok.
“Ia susulan seorang wanita berusia 20-an yang bertugas di bahagian pengurusan UTC di tingkat sembilan didapati positif COVID-19 dipercayai mendapat jangkitan daripada bapanya serta ahli keluarga yang positif COVID-19.
“Sebagai langkah berjaga-jaga, bangunan UTC terpaksa ditutup untuk proses sanitasi di semua sembilan tingkat bangunan ini.Ā Namun UTC akan dibuka semula seperiti biasa esok,” katanya.
Views:
2858