Utamakan lebih banyak rumah untuk golongan belia di Parlimen Hang Tuah

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

AYER KEROH 18 Oktober – Rakyat di kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya meminta supaya lebih banyak perumahan dibina bagi golongan belia disediakan memandangkan masih ramai golongan itu tidak memiliki rumah.

Zulfarah Hazwani Zulkefli,26 berkata siapa pun yang dipilih bagi parlimen tersebut, dia mengharapkan calon di kawasan itu mengambil perhatian terhadap pembinaan rumah-rumah baharu diberikan kepada belia.

“Saya harap calon yang akan datang menjadi pemimpin yang boleh mengutamakan projek perumahan untuk belia macam saya, memang sekarang ada cumanya agak terhad.

“Daripada segi ekonomi bagi saya di kawasan Hang Tuah Jaya tiada masalah, cuma saya mahukan lebih banyak pembinaan rumah yang mampu dimiliki untuk kami di kawasan ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini.

photo_2022-10-18_17-05-35
Penduduk Hang Tuah Jaya, Siti Ruzainah Abdul Rajab, 30. Foto Iqmal Haqim Rosman

Seorang lagi Siti Ruzainah Abdul Rajab, 30, meminta supaya calon yang dilantik sebagai pemimpin selepas ini dapat melaksanakan tanggungjawab dengan amanah.

“Sebagai rakyat sudah tentu kita mahu pemimpin yang boleh melaksanakan tanggungjawab dengan amanah, saya harap semua pembangunan di kawasan ini lebih seimbang daripada segi ekonomi khususnya selepas pandemik,” katanya.

photo_2022-10-18_17-05-47
Penduduk Hang Tuah Jaya, Nurul Akshikin Zulkharnain, 37. Foto Iqmal Haqim Rosman

Manakala Nurul Akshikin Zulkharnain, 37, yang menetap di Duyong meminta supaya pemimpin baharu yang dilantik dapat membawa kestabilan ekonomi kepada penduduk di Parlimen Hang Tuah Jaya.

“Sudah tentu kita mahukan kestabilan calon bawa kepada penduduk kampung dan bandar, ini termasuklah menetapkan atau mestabilkan harap harga barang mengikut kemampuan rakyat.

“Kita faham barang sekarang ini banyak yang naik harga, tapi sekurangnya stabilkan harga tersebut yang mampu dimiliki semua,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1916
Kongsi :
Previous post Pasukan Jihad Tangani Inflasi masih berfungsi, tidak bubar – Annuar
Next post Lencong aliran Sungai Melaka, elak banjir
Ubah saiz-+=