Utamakan keselamatan sepanjang Deepavali

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

BANDA HILIR 23 Oktober – Masyarakat Hindu di negeri ini khususnya diingatkan supaya mengutamakan keselamatan diri dan keluarga ketika menyambut perayaan Deepavali.

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri, VP Shanmugan berkata, dalam kemeriahan dan keseronokan menyambut Deepavali, masyarakat perlu berwaspada memandang ketika ini keadaan cuaca tidak menentu.

“Kita harap dan berdoa agar cuaca baik dan tidak hujan pada Isnin. Selepas pandemik kita dikejutkan dengan cuaca tidak menentu.

“Tetapi seperti biasa, adat resam kita amalkan tradisi kunjung mengunjung jadi saya ingatkan agar sentiasa berjaga-jaga serta siap sedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Perasmian Karnival Deepavali 2022 Peringkat Negeri Melaka yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali yang ditemani isteri Datin Seri Utama Munira M Yusop.

Menurut beliau, semoga sambutan Deepavali ini akan membawa cahaya terang bukan sahaja untuk diri malah untuk kestabilan politik.

Sementara itu, Shanmugan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek, turut menjemput dan mengalu-alukan penduduk Melaka khususnya, meluangkan masa hadir ke rumah terbuka di kediamannya di Taman Pertama Batu Berendam pada 24 Oktober (Isnin).

“Untuk rumah terbuka saya, semua dijemput hadir dan majlis akan berlangsung pada jam 12 tengah hari hingga 4 petang.

“Sebagai sebuah Keluarga Malaysia yang hiduap dalam suasana harmoni dengan pelbagai kaum dan bangsa, marilah kita terus amalkan tradisi kunjung mengunjung ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2221
Kongsi :
Previous post Karnival Deepavali Melaka meriah!
Next post Ganjaran RM1,000 jika dapat Anugerah Dekan
Ubah saiz-+=