
Usung lelaki 140kg dari tingkat empat guna cadar
KESIDANG 6 Februari – Sepasukan bomba terpaksa dipanggil bagi membantu membawa turun seorang lelaki obesiti dari tingkat empat pangsapuri didukinya ke Hospital Melaka, hari ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Sofian Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 10.13 pagi sebelum sepasukan tujuh anggota ke kediaman lelaki berusia 50 tahun itu di Pangsapuri Aneka, Lorong Pandan.
“Setibanya di lokasi kami mendapati terdapat seorang lelaki berada dalam keadaan terbaring di dalam biliknya, dipercayai tidak mampu untuk bangun dan dibawa ke hospital oleh pasukan perubatan.
“Dengan dibantu petugas kesihatan, kami kemudian membawa turun lelaki yang anggaran berat kira-kira 140 kilogram (kg) terbabit dengan menggunakan cadar melalui tangga,” katanya.
Menurutnya, sejurus dibawa turun, lelaki terbabit diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...
RM2.5 JUTA DIPERUNTUKKAN UNTUK DANA KASIH NIAGA
SERI NEGERI 29 April - Sejumlah RM2.5 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri di bawah Dana Kasih Niaga sejak 2021 sehingga 2023...