Usia tak halang Juma aktif bidang permotoran

Masa Membaca:1 Minit, 41 Saat

SUNGAI RAMBAI 16 September – Meskipun usianya sudah hapir 50 tahun ia bukan penghalang bagi wanita ‘berhati besi’ ini untuk terus aktif dalam aktiviti konvoi motosikal berkuasa tinggi.

Malah atas kecekapan dan pengalaman dalam dunia permotoran yang dimilikinya Jumaya Ismail, 48, diberi kepercayaan untuk menjadi ‘marshal’ yang berperanan memastikan kelancaran perjalanan serta keselamatan konvoi motosikal

Jumaya berasal dari Kota Damansara, Selangor berkata, selepas tamat persekolahan dia meminta kebenaran daripada ibu bapanya untuk aktif dalam sukan permotoran.

“Hampir 20 tahun saya terlibat dalam bidang permotoran, kerana minat juga saya menjadi marshal wanita hampir enam tahun, biarpun banyak cabaran dan dugaan namun saya berani untuk tempuhi semua itu.

“Hari ini saya bertugas untuk Konvoi Kembara Hari Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia 2022 Peringkat Kebangsaan di Melaka,” katanya.

Katanya, sebagai ‘bikers’ tidak kira lelaki atau wanita, persediaan mental dan fizikal amat penting untuk memastikan pergerakan konvoi lancar.

“Sebagai marshal kita kena tahu untuk menangani keadaan cemas atau panik terutama jika konvoi terbabit kemalangan,” katanya yang menunggang motosikal CBR 600RR.

WhatsApp Image 2022-09-16 at 12.48.43 PM
HAM Muhamad

Semenara itu, Ham Muhamad Radzan, 50, dari Meru, Klang, Selangor membawa bersama isterinya untuk bersama-sama mengikuti konvoi berkenaan.

“Kembara ini kira-kira sejauh 140 kilometer melalui lima hentian, untuk stamina kita sudah bersedia dan tunggang secara santai sahaja.

“Jika ikutkan kembara yang besar ini adalah kali kedua saya sertai yang mana konvoi pertama adalah pada hari merdeka.

“Isteri sentiasa menyokong minat saya ini, selain berkongsi keseronokan menunggang kami juga dapat tambah ramai kenalan baharu,” katanya.

WhatsApp Image 2022-09-16 at 12.49.41 PM
NORMAZURA

Manakala, Normazura Mohd Nasri,46, merasa bertuah kerana dapat menemani suaminya menyertai Konvoi Kembara Hari Malaysia kali ini.

“Saya memang kerap ikut suami berkonvoi, dua minggu lepas kami ke Thailand menempuh perjalanan selama tiga hari dua malam.

“Selain dapat menyertai konvoi bolehlah saya melihat pemandangan yang menarik di Negeri Melaka yang bersejarah ini,” katanya yang memulakan perjalanan dari Selangor pada jam 4.30 pagi tadi.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1993
Kongsi :
Previous post Syabas dan tahniah Abang Ishak – KM
Next post PTPTN umum kaedah pinjaman terkini untuk M40 dalam masa terdekat
Ubah saiz-+=