
Usia bukan penghalang bekas wartawan pusing Semenanjung Malaysia
BANDA HILIR 22 Ogos – Usia bukan penghalang bagi Che Saad Noordin, 72, untuk sekali lagi berkayuh mengelilingi Semenanjung Malaysia, sempena bulan kemerdekaan.
Bekas wartawan yang ditemani rakannya Zakinar Musa, 51, memulakan kayuhan pada 31 Julai lalu di Sekolah Kebangsaan Haji Hussain, Sik, Kedah.
Mereka yang melalui Lebuh Raya Timur Barat berkayuh ke Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan tiba di Melaka semalam.
Pada jam 9 pagi tadi mereka menyambung kayuhan dan dilepaskan secara rasmi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Mohd Noor Helmy Abdul Halem di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...