Usahawan desa kongsi kisah kejayaan di Festival D’Bendang
SUNGAI RAMBAI 10 Ogos – Usahawan berjaya yang menerima anugerah ‘Rural Business Challenge’ (RBC) turut dihimpunkan pada penganjuran Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Festival D’Bendang.
Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar berkata, pemenang RBC antara 57 usahawan di bawah kementerian itu mengambil bahagian dengan menawarkan pelbagai produk diusahakan.
“KKDW turut membawa Warung Rural Business Challenge (RBC) yang menyediakan pelbagai pilihan makanan dan minuman. Konsep warung yang dibawakan dengan suasana santai dan menenangkan turut mempamerkan produk para pemenang Program RBC yang lepas untuk jualan kepada para pengunjung.
“Antara pameran pemenang RBC adalah daripada perusahaan produk seramik artisan dan Laman Cendawan. Selain 57 usahawan KKDW, karnival ini juga turut menghimpunkan 150 usahawan desa dan 104 penjaja kecil di bawah Japerun Sungai Rambai,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pada lawatan tapak Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Festival D’Bendang, di sini, semalam.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Siti Faizah Abdul Azis.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...
‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN’
KUALA LINGGI 18 Januari - Kepayahan yang dilalui sebuah keluarga nelayan di Kampung Telok Gong yang terpaksa menadah besen dan...
ALAMAT DIGITAL ‘MASA DEPAN’ UNTUK ORANG KAMPUNG
KUALA LINGGI 18 Januari - Pengenalan alamat digital dan kod QR lokasi rumah menerusi inisiatif Kampung Digital bakal memacu masa...
W.R.U.R: MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU, INTERNET PERCUMA UNTUK RAKYAT KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Menara telekomunikasi baharu akan dibina di Kampung Telok Gong, di sini, bagi menambah baik jaringan...
W.R.U.R: KETUA MENTERI PROMOSI PRODUK MELAKA HARI INI
KUALA LINGGI 18 Januari - Melaka Hari Ini Sdn Bhd antara syarikat, jabatan dan agensi yang terlibat pada Program Wakil...
W.R.U.R BERI KESAN MENDALAM KEPADA RAKYAT
KUALA LINGGI 18 Januari - Edisi sulung Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) telah memberi kesan mendalam kepada penduduk Dewan...