
Usaha wujud produk pelancongan baharu Melaka
BANDA HILIR 14 Sept. – Kerajaan Negeri Melaka dalam usaha bagi memastikan sektor pelancongan di negeri ini dipertingkatkan dengan mewujudkan produk pelancongan baharu.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, usaha itu menerusi perbincangan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, malam tadi.
“Jadi kita menyentuh beberapa perkara dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Negara (PRE) pandemik Covid-19 dari sudut kehadiran pelancong di Melaka pada hujung minggu atau hari biasa.
“Saya ada menyentuh beberapa perkara selain meningkatkan pelancongan negeri, saya juga menyuarakan mengenai satu wilayah ekonomi yang baharu bersama Mustapa,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Makan Malam dan Sesi Perbincangan serta Libat Urus ‘Industri Pelancongan: Sebelum dan Selepas COVID-19’ di Hotel Hatten, malam tadi.
Sulaiman berharap perbincangan itu dapat disuarakan Mustapa kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara hari ini.
Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Hasim Hasan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Negeri dan lain-lain kenamaan.
Views:
Related

Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...