
URUSAN BEKALAN, PERKHIDMATAN MELALUI SISTEM e-PEROLEHAN, iGFMAS ELAK PENIPUAN – DOA
Dalam kenyataan hari ini, DOA maklumkan bahawa pihak yang terlibat, terutama syarikat pembekal, disaran menghubungi jabatan itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang bekalan dan perkhidmatan yang dikemukakan oleh pihak-pihak tertentu bagi mengelakkan kes penipuan yang sama daripada berulang.
Ini susulan aduan yang diterima mengenai kes penipuan pesanan kerajaan oleh pihak tertentu yang menggunakan logo DOA untuk memperdaya syarikat dalam menyediakan bekalan dan perkhidmatan.
“Taktik licik oleh pihak tertentu itu telah menyebabkan syarikat pembekal terpedaya dan mengalami kerugian kerana tiada sebarang permohonan bekalan dan perkhidmatan yang dibuat oleh DOA,” menurut kenyataan itu, di sini.
DOA memaklumkan bahawa isu ini dipandang serius kerana ia boleh menimbulkan tanggapan negatif terhadap jabatan dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...

