Uptown Paya Rumput tempatkan 30 MyKiosk berpusat
SERI NEGERI 10 Julai – Sebanyak 30 MyKiosk berpusat akan ditempatkan di Uptown Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang bakal beroperasi di perkarangan Kompleks Sukan Stadium Hang Jebat.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran Perubahan lklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, peruntukan bagi kesemua unit kiosk itu sudah diluluskan dan kini dalam proses lantikan kontraktor.
“Kita harap dapat selesai pada tahun ini juga. Nilai projek dianggarkan kira-kira RM700,000 dan jumlah ini akan digunakan bagi kawasan MyKiosk berpusat ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang sempena Persidangan Kedua, Penggal Ketiga, DUN Melaka Ke-15, di sini, hari ini.
Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput berkata, inisiatif pembukaan uptown itu adalah antara janjinya kepada rakyat khususnya warga Paya Rumput.
“Kiosk ini akan dihias dengan cantik dengan tawaran sewaan tidak lebih RM150 sebulan, diharap usaha dilaksanakan dapat memberikan manfaat kepada penjaja dan peniaga.
“Kiosk ini akan dikendalikan Japerun Paya Rumput bersama-sama dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB),” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA TAWAR DIRI JADI TUAN RUMAH KEJOHANAN RALI ASIA PASIFIK
ASAHAN 21 Disember - Melaka sedia menjadi tuan rumah Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) pada tahun hadapan bersempena Hari Pelancongan...
MIHF’24: ANGKAT MARTABAT ‘FESYEN SANTUN’
AYER KEROH 21 Disember - Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024 menjadi medan buat pereka fesyen melebarkan rekaan busana fesyen...
IKAN APA JUARA DI TASIK AYER KEROH ESOK?
AYER KEROH 21 Disember - Ratusan kaki pancing bakal berkampung di Tasik Ayer Keroh, di sini, bersempena Cabaran Joran Melaka...
BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIM AMAT BERMAKNA
BUKIT KATIL 21 Disember - "Tanpa bantuan persekolahan ini memang sukar dan buntu untuk kami kumpul wang membeli kelengkapan serta...
LEBIH BANYAK NASKHAH AGUNG DIPENTASKAN
AYER KEROH 21 Disember - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka menterjemahkan naskhah karya agung yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan,...
SEKTOR HALAL LONJAK NAMA MELAKA DI PENTAS GLOBAL
AYER KEROH 21 Disember - Melaka mahu untuk terus kukuh di pentas global sebagai sebuah Hab Halal Antarabangsa dengan sasaran...