Sorting by

×

UPTOWN PAYA RUMPUT LAIN DARI YANG LAIN

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

PAYA RUMPUT 15 November – Uptown Paya Rumput yang akan dibangunkan di perkarangan Stadium Hang Jebat akan menampilkan kelainan dengan konsep luar dari kebiasaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput Datuk Rais Yasin berkata, kelainan itu sekali gus bakal menjadikannya sebagai kawasan tumpuan baharu pelancongan makan-makan dan riadah malam.

Beliau yang juga Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri memaklumkan, Uptown itu bakal menghimpunkan seramai 30 peniaga tetap, selain ia juga dijangka meriah pada Jumaat, Sabtu dan Ahad menerusi penganjuran bazar mingguan.

“Insya-Allah kita akan jayakan secara bersama projek Uptown Paya Rumput ini kerana ia memiliki potensi cukup besar untuk menggamit pengunjung dan pelancong memandangkan tempatnya menarik dan parkir juga cukup luas.

“Ia juga merupakan antara manifesto yang saya bawa sebelum menjadi wakil rakyat dan kini ia akan benar-benar direalisasikan.

“Selain menjadi pusat peniaga, saya juga berhasrat menjadikan kawasan ini dikenali dengan nama baharu, Dataran Hang Jebat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Rais, setakat ini pihaknya telah menerima lebih 100 permohonan daripada peniaga yang mahu menyertai Uptown Paya Rumput itu.

Namun, pihaknya akan membuat tapisan secara teliti bagi memastikan mereka yang benar-benar serius mahu berniaga sahaja diberi kelulusan.

Selain itu, beliau berkata beberapa penambahbaikan di lokasi juga akan dilakukan, antaranya dalam sudut pencahayaan dan liputan telekomunikasi bagi memberi keselesaan kepada orang ramai apabila ia beroperasi kelak.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1953
Kongsi :
Previous post NGO JADI SALURAN HEBAHAN AGENDA PEMBANGUNAN MELAKA
Next post MELAKA SEDIA PLATFORM BERGAMBAR UNTUK KENANGAN RXZ MEMBERS
Ubah saiz-+=