Sorting by

×

UPKK MELAKA 2024 : SEKOLAH DAN MURID CEMERLANG TERIMA INSENTIF

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

PENGKALAN BATU 21 Mac – Sekolah dan murid cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2025 akan diberikan penghargaan dalam bentuk pemberian insentif.

Dengan Gred Purata Negeri (GPN) meningkat kepada 1.68, Kerajaan Negeri mengiktiraf usaha gigih murid, guru dan semua pihak dalam memastikan kecemerlangan pendidikan agama di Melaka.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata sekolah terbaik UPKK Melaka bakal menerima RM1,000 beserta sijil.

“Dua murid terbaik negeri akan menerima RM500 setiap seorang beserta sijil sebagai tanda penghargaan atas usaha gigih mereka.

“Selain itu, seramai 43 murid cemerlang turut menerima sumbangan RM150 setiap seorang sebagai galakan untuk terus mencapai kecemerlangan dalam pendidikan agama.

“Tahniah diucapkan kepada semua sekolah dan murid yang berjaya, Kerajaan Negeri akan mengadakan majlis pemberian anugerah pada tarikh akan diumumkan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengumumkan Keputusan Peperiksaan UPKK Negeri Melaka Tahun 2024 di Auditorium Masjid Al-Azim, di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Md Azhan Samat.

Dalam pada itu, Rahmad turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan lain-lain jabatan di atas sokongan demi menyuburkan lagi syiar Islam di negeri ini.

“Dengan pencapaian memberangsangkan ini, Kerajaan Negeri komited memperkasakan pendidikan agama agar anak-anak Melaka mendapat ilmu terbaik dan menjadi modal insan berakhlak serta berilmu tinggi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post SEORANG MAUT, LIMA CEDERA DALAM KEBAKARAN RUMAH SEWA DUA TINGKAT
Next post 130 ASNAF, IBU TUNGGAL TABOH NANING DISANTUNI