
UPDATE : Kanak-kanak hilang ditemui lemas
PANTAI KUNDOR 19 Mei. – Kanak-kanak berusia sembilan tahun yang hilang selepas bermain di tali air bersama dua rakannya ditemui lemas sebentar tadi.
Mayat Badrol Azhan Nizam Bachik, 9, ditemui terapung oleh pasukan elit bomba iaitu Multi Skill Team (MUST) jam 9.35 pagi tadi.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata mayat kanak-kanak itu ditemui berdekatan mayat mangsa pertama, Muhammad Fakhrullah Rozami, 9, yang ditemuiĀ lemas oleh bapanya sendiri dalam tali air berkenaan, jam 6 petang semalam.
“Pasukan bomba melakukan pencarian semula di air sebelum pasukan MUST menemui mangsa berdekatan lokasi penemuan mayat pertama,” katanya
Berita lanjut menyusul.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...
TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0 DILANCARKAN HUJUNG TAHUN INI
AYER KEROH 17 April - Kerajaan Negeri akan melancarkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2.0 pada 31 Disember depan, kata Ketua...
MAIM SEDIA SUMBANGAN UNTUK MUALAF MELAKA TUNAI HAJI
KESIDANG 17 April - Mualaf di Negeri Melaka yang terpilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini dipelawa memohon Sumbangan Menunaikan...
MELAKA NEGERI PERTAMA DIGITALKAN KAMPUNG, HAIWAN TERNAKAN
SERI NEGERI 17 April - Seiring dalam era kemodenan dan digitalisasi masa kini, Melaka juga telah menjadi pelopor dan perintis...