
(Update) 4 ADUN PN dakwa hilang kepercayaan terhadap KM
BANDAR MELAKA 4 Okt. – Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka hari ini mendakwa mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan negeri .
Mereka adalah ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Utama Idris Haron (BN), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas – Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).
Pengumuman itu diketuai Idris bersama mereka dalam satu sidang media tergempar di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah di sini.
“Saya Idris Haron, ADUN Sungai Udang bersama-sama rakan-rakan, Datuk Nor Azman, Datuk Norhizam, Datuk Noor Effandi mengumumkan telah hilang kepercayaan kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan seluruh kepimpinan kerajaan negeri hari ini.
“Kami berempat telah serah surat ketidakpercayaan kami dan menarik balik sokongan kepada Datuk Seri Sulaiman yang telah dihantar ke Pejabat Ketua Menteri pagi tadi,” katanya.
Dengan ini, Sulaiman hanya mempunyai 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berbanding Pakatan Harapan yang memiliki 11 kerusi.
DUN mempunyai 28 kerusi dengan 14 kerusi dipegang Barisan Nasional (BN), Bersatu (2), DAP (7), PKR (2) , Amanah (2) dan Bebas (1).
Ini bermakna Sulaiman tidak lagi mempunyai majoriti mudah di DUN.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...

