Sorting by

×

UP TOWN PAYA RUMPUT BEROPERASI SELEPAS AIDILADHA

Masa Membaca:1 Minit, 44 Saat

PAYA RUMPUT 1 April – Uptown Paya Rumput di perkarangan Stadium Hang Jebat, dijadualkan akan mula beroperasi pada Jun ini iaitu selepas sambutan Hari Raya Aidiladha.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Datuk Rais Yasin berkata, segala persiapan bagi operasi itu sudah siap dan berada pada peringkat akhir sebelum pemilihan permohonan perniagaan dibuat.

“Uptown Paya Rumput sekarang sudah berada di peringkat akhir dan seperti sedia maklum kita mempunyai 30 kios.

“Setakat ini kita menerima sebanyak 389 permohonan daripada perniaga yang berminat untuk beroperasi di tapak up town itu.

“Keutamaan sudah pasti diberikan kepada peniaga dari Paya Rumput dan dijangka operasi Up Town Paya Rumput ini akan bermula selepas Aidiladha,” katanya.

Beliau yang juga Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran Perubahan lklim dan Pengurusan Bencana negeri, berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Paya Rumput, di Kompleks Sukan Komuniti Krubong, di sini, hari ini.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Datuk Wira Dr. Asmah Abd Rahman dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang diiringi isteri atin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Ab Aziz.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh serta barisan kenamaan lain.

Menurut Rais, meskipun keutamaan diberikan kepada peniaga dari Paya Rumput, namun pemilihan ketat akan dilakukan bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar berminat sahaja diberikan peluang.

“Daripada keseluruhan permohonan itu, saya perlu pastikan 30 orang yang betul-betul ingin berniaga kerana saya tidak mahu selepas enam bulan mereka berniaga percuma peniaga-peniaga ini tinggalkan up town seterusnya ia menjadi projek ‘gajah putih’.

“Ini kerajaan kerajaan sudah membelanjakan duit yang banyak untuk siapkan up town ini selain pembiayaan sebanyak RM3,000 turut akan diberikan kepada peniaga.

“Oleh sebab itu kita akan pilih termasuk syarat yang ketat akan diberikan kerana pada peringkat awal saya tidak jangka akan menerima sambutan sebegini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

469
Kongsi :
Previous post BAZAR IKONIK BANDA HILIR DITERUSKAN SETIAP TAHUN
Next post BANTUAN SEGERA RM5,000 DAN RM2,500 UNTUK MANGSA KEBAKARAN – PM ANWAR