Sorting by

×

UNTA TARIKAN TERBAHARU ZOO MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 37 Saat

AYER KEROH 20 Februari – Sepasang unta di bawa masuk dan diperkenalkan buat pertama kalinya kepada pengunjung di Zoo Melaka bersempena kemasukan percuma ke lokasi pelancongan itu, hari ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron berkata, pemindahan haiwan terbabit dibuat pihaknya pada hujung Disember lalu dari Perak ke Melaka sebelum dipertontonkan kepada pengunjung Zoo Melaka.

Katanya, buat julung kalinya Zoo Melaka membawa masuk unta dan bakal menjadi tarikan terbaru kepada pengunjung.

“Bersempena cuti umum Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu dan masuk percuma pada hari ini kita membawa masuk dua ekor unta sebagai haiwan baru di Zoo Melaka ini.

“Sebelum dibawa keluar untuk dipertontonkan kepada pengunjung, kedua-dua unta ini terlebih dahulu di kuarantin kira-kira sebulan lebih.

“Diharap dengan kehadiran haiwan ini ia akan menjadi tarikan khususnya kepada pelancong untuk ke Zoo Melaka,” katanya.

Sapiah berkata demikian ketika ditemui selepas mengiringi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menyantuni pengunjung Zoo Melaka.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.

Menurut Sapiah, beberapa penambah baikkan dilakukan pihaknya bersempena kemasukan percuma ia bagi memberi keselesaan serta melancarkan kemasukan pengunjung ke Zoo Melaka.

“Persiapan untuk kemasukan percuma ini kita sudah lakukan lebih awal kerana kita tidak mahu kesesakan seperti yang berlaku pada tahun lalu berulang kembali.

“Antara penambahbaikan dilakukan adalah cara kemasukan apabila pengunjung perlu menunjukkan MyKad mereka di laluan masuk selain mengatur laluan masuk yang lebih baik menerusi pintu pagar tengah bukannya menerusi kaunter tiket,” katanya.

Jelasnya, seawal subuh pengunjung sudah mula beratur dan sejurus dibuka pada jam 9 pagi kira-kira 1,000 pengunjung sudah masuk dan sehingga jam 12.30 tengah hari,kira-kira 7,900 pengunjung sudah berkunjung ke Zoo Melaka.

“Menariknya juga pada tahun ini sebanyak 260 karton air kotak dan diagihkan kepada pengunjung,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

270
Kongsi :
Previous post KEMBALI KE ERA ‘HITAM PUTIH’ MALAM INI
Next post MASUK PERCUMA GADEK HOTSPRING DILANJUTKAN HINGGA 12 TENGAH MALAM