Sorting by

×

Universiti perlu konsisten laksana kajian, penyelidikan TVET

Masa Membaca:54 Saat

SERI NEGERI 5 Mac – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam menyarankan pihak universitiagar sentiasa konsisten dalam menjalankan kajian dan penyelidikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Tun Dr. Mohd Ali berkata, saranan itu bertujuan memastikan sektor pendidikan di Melaka menjadi agenda utama Kerajaan Negeri, sekali gus memperkasakan pelajar dalam pelbagai bidang.

“Bagi memperkasakan institusi pengajian tinggi di Melaka, saya menyarankan supaya pihak universiti sentiasa konsisten dalam menjalankan kajian, penyelidikan dan pembangunan.

“Ini bagi menggalakkan usaha berkenaan menjadi sumber pendapatan baharu dan berterusan kepada Negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Persidangan DUN Melaka di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Tun Dr. Mohd Ali berkata selain pemerkasaan pelajar dalam bidang akademik, pemberdayaan bidang pendidikan TVET juga perlu diberikan perhatian.

“Justeru, saya menyeru semua institusi TVET di negeri ini memainkan peranan signifikan dalam pembangunan bakat dan kemahiran tinggi pelajar di samping mempelbagaikan kursus-kursus berkaitan,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

848
Kongsi :
Previous post Bazar Jalan Hang Tuah lebih gah daripada Jalan TAR
Next post TMM2024 inisiatif Melaka kekal unggul sebagai destinasi pelancongan
Ubah saiz-+=