
UNIMEL secara rasmi terima perakuan universiti penuh
AYER KEROH 16 Mac – Universiti Melaka (UNIMEL) secara rasmi menerima perakuan universiti penuh di bawah Akta Pendidikan Universiti Swasta semalam.
EXCO Pendidikan Negeri Datuk Rais Yasin dalam satu kenyataan merakamkan ucapan tahniah di atas pengiktirafan tersebut.
Beliau turut berharap usaha mentransformasi Kolej Universiti Islam Melaka menjadi universiti penuh yang dikenali UNIMEL itu akan memacu kegemilangan pendidikan di negeri ini.
“Sekalung penghargaan diberikan buat Prof Dr Abdul Razak Ibrahim dan seluruh pengurusan kanan UNIMEL atas kejayaan yang cemerlang ini.
“Semoga UNIMEL terus memacu kecemerlangan dalam bidang pengajian tinggi di Melaka.
“Pihak kerajaan negeri akan sentiasa memberikan sokongan penuh atas setiap usaha gigih UNIMEL untuk terus melakar kejayaan di masa akan datang,” katanya di laman Facebook.
Untuk rekod, UNIMEL yang pada asalnya KUIM telah ditubuhkan pada 1994 menjadi sebuah institusi pengajian tinggi milik penuh Kerajaan Melaka.
Kini UNIMEL telah mempunyai kampus pengajian tetap, tenaga pengajar berpengalaman dalam pelbagai bidang, infrastruktur dan prasarana yang lengkap bersesuaian dengan tarafnya sebagai universiti penuh.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...