Sorting by

×

UNIMEL perlukan anjakan paradigma untuk kekal relevan

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

BANDARAYA MELAKA 5 Disember – Universiti Melaka (UNIMEL) perlu melakukan anjakan paradigma dari segi model pengurusan baharu serta penyediaan kursus pengajian memenuhi keperluan pasaran.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata langkah itu memastikan UNIMEL terus relevan kepada pelajar dan bakal pelajarnya serta pihak industri dan juga pemegang taruh yang lain.

Katanya, bagi memastikan UNIMEL mampu bertahan dan mendepani pelbagai cabaran yang mendatang, tindakan yang drastik dan buah fikiran di luar kotak amat diperlukan.

“Suka saya menegaskan agar UNIMEL hendaklah berterusan dan bersungguh-sungguh berusaha bagi mempertingkatkan reputasinya secara holistik melalui pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif.

“Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) khususnya milik Kerajaan Negeri Melaka seperti UNIMEL ini berhadapan dengan cabaran yang cukup besar untuk kekal bertahan dan berdaya saing terutama pasca pandemik COVID-19 terutamanya apabila berlaku perubahan drastik dalam landskap pendidikan tinggi di peringkat global,” katanya.

Img 2088
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berucap pada Majlis Jamuan Graduasi Universiti Melaka (UNIMEL) di Chan Mari Chan Muhibah Bistro, Melaka. Foto: MR. AZLI

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada Majlis Jamuan Graduasi Universiti Melaka (UNIMEL) di sebuah restoran di sini malam tadi.

Majlis tersebut turut dihadiri  Yang di-Pertua Negeri yang juga Canselor UNIMEL, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd Taib Dora.

Mengulas lanjut, Rahmad turut menasihati  graduan agar sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan lagi kemahiran ‘soft skills’ yang menjadi keutamaan kelayakan oleh para majikan masa kini.

“Selain daripada kemahiran teknikal dan vokasional yang diperoleh, penguasaan kemahiran komunikasi, sifat kepemimpinan dan kerjasama berpasukan juga sangat diperlukan oleh majikan dan industri masa kini.

“Graduan juga perlu mewujudkan dan memelihara hubungan jaringan profesional yang baik dengan majikan atau industri-industri berkaitan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1368
Kongsi :
Previous post TYT hadir ke Majlis Graduasi UNIMEL
Next post Kanak-kanak lelaki melecur hampir seluruh badan dipanah petir
Ubah saiz-+=