Sorting by

×

UNIMEL BAKAL PERKENAL IJAZAH SARJANA MUDA DAKWAH

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

KUALA LINGGI 18 Disember – Bagi menyuburkan lagi syiar Islam dan menyebarkan ilmu Allah dengan memanfaatkan teknologi semasa Universiti Islam Melaka (UNIMEL) dalam perancangan untuk memperkenalkan program pengajian berteraskan dakwah iaitu Ijazah Sarjana Muda Dakwah Dengan Aplikasi Digital.

Naib Canselor UNIMEL, Prof. Datuk Dr. Mohd Taib Dora berkata, program itu bertujuan melahirkan graduan yang kompeten dalam menyampaikan mesej Islam menggunakan teknologi terkini.

Katanya, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi (UNIMEL) sentiasa komited untuk memainkan peranan penting dalam menyokong agenda pembangnan insan dan kesejahteraan masyarakat.

“UNIMEL menerusi Fakulti Keilmuan Islam (FKI) juga bersedia menjalin kerjasama penyelidikan dalam bidang dakwah kontemporari bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) selain menyediakan pelajar untuk meningkatkan kemahiran dakwah di lapangan.

“Kami juga bersedia untuk bekerjasama dalam penganjuran seminar dan konvensyen khusus dalam bidang dakwah,” katanya ketika berucap pada program Wacana Minda Malaysia Malaysia MADANI di Kampus UNIMEL, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah, di sini, semalam.

Perasmian program itu disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr. Zulkifli Hasan.

Hadir sama Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dah Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rosli Abdullah, Pengarah YADIM Negeri Sembilan dan Melaka, Abdul Halim Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Kajang Plaza Medical Centre (KPMC) Datuk Saroni Judi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

172
Kongsi :
Previous post PENERIMA APC MENTOR KEPADA RAKAN SEKERJA
Next post 5 SEBAB KENAPA PERLU NAIK MENARA TAMING SARI
Ubah saiz-+=